I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 29, 2011

Carta organisasi barisan kepimpinan kelab PPDa Sekolah Menengah Pekan Kota Belud 2 tahun 2011.

Pengerusi : Mohd. Shahirudin Sabran
Pen. Pengerusi : Johana Johan
Setiausaha : Siti Nursarah Masi
Pen. setiausaha : Hasrul Halim
Bendahari : Siti Nursyahfarahain md. Shahrul

Ahli Jawatankuasa :
1. Siti Aishah Abdul Razak
2. Datu Qurnie Zazwant Datu Mazinal
3. Nawwarah Az-Zahra Asbulah
4. Athirah Mohammad
5. Carolline Ollendra Cheridik

Saturday, July 17, 2010

CARTA ORGANISASI AHLI PPDa SMK PEKAN KOTA BELUD II


Ahli PPDa SMK PEKAN KOTA BELUD II 2010

Bergambar di hadapan pojok informasi pendidikan dan pencegahan dadah

Pengerusi

( Vivi Anna Tirih )

Timbalan Pengerusi

( Surianie Satung )

Setiausaha

( Lina Badriah )

Timbalan Setiausaha

( Azizah Mulah )

Bendahari

( Nurul Syakilah Suhaili )

Timbalan Bendahari


Thursday, July 15, 2010

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan bagi mengatasi dan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar:-

1. Kementerian Pendidikan mempunyai dasar dan program Pendidikan Pencegahan dadah yang menggariskan matlamat mencegah pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam mengujudkan sekolah yang sama sekali bebas dari dadah (drug-free school).

2. Sungguhpun Kementerian Pendidikan telah merangka perancangan yang sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah.

3. Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius.

4. Memandangkan masalah ini telah menjadi satu wabak yang serius, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih serius bagi menangani masalah ini. Di antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

4.1 Langkah Pencegahan.
Kementerian Pendidikan mengarahkan semua Jabatan Pendidikan (Unit Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan dan pengawalan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi (high risk schools). Untuk melaksanakan pengawasan yang lebih efektif, Kementerian Pendidikan akan menempatkan kakitangan unit pendidikan pencegahan dadah di JPN dan PPD secara hakiki (pada masa ini jawatan ini diisi secara sandaran).

Kementerian Pendidikan memperluaskan kerjasama di antara JPN, PPD dengan PIBG. PEMUAFAKATAN Briged Komuniti dan Polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.
Kementerian Pendidikan mengarahkan JPN meningkatkan pemeriksaan dan penyeliaan mengejut (sport check) di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak-pihak berwajib.
Melaksanakan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti oleh pihak sekolah dari golongan pelajar yang terlibat.

4.2 Langkah Pemulihan.
Kementerian Pendidikan menempatkan kaunselor-kaunselor yang terlatih di semua sekolah menengah dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi.
Mempergiatkan aktiviti-aktiviti kaunseling menerusi:-
- Kem Jayadiri,
- Program 5 minit anti dadah,
- Skim Lencana anti dadah,
- Ceramah dan Pameran anti dadah,
- Kaunseling Individu,
- Kaunseling Kelompok,
- Kaunseling Ibubapa,
- Seliaan dan kaunseling kepada kes-kes baru,
- Pendidikan Keibubapaan (Parenting Education) seperti seminar anti dadah dan seminar mengesan dan mengenal simptom penagihan.
4.3 Langkah Pengesanan.

Kementerian Pendidikan sedang memperkemaskan tatacara tindakan ke atas kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Ini merangkumi peraturan bagi membolehkan sekolah mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di luar kawasan sekolah.

Pihak sekolah diberi kuasa melaporkan kepada pihak pengutkuasa undang- undang jika memperolehi maklumat pelajar yang terlibat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang terlibat.

Menjalankan ujian Urine ke atas pelajar-pelajar yang telah disyaki oleh pihak berkuasa.

4.4 Langkah Penyelarasan.

Menyelaraskan semua tindakan pencegahan dan pemulihan dengan agensi dadah Kebangsaan.

5. Penutup.

Kejayaan membendung pelajar-pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah terletak kepada sejauhmanakah penglibatan dan kesungguhan semua pihak.

Sumber maklumat :

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.

Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.

Hilang selera makan atau selera bertambah.

Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.

Parut atau bekas suntikan di lengan.

Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.

Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.

Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.

Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.

Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan
terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).

Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!


Sumber maklumat:
PEMADAM